Kelab Bolasepak di Britain Kalah 55-0


Madron FC


55-0. Bolasepak ke Bola Keranjang?? Memang nampak macam pelik tapi benar. Ada juga kelab bola sepak seteruk ini di eropah, ingat!! bukan semua kelab Eropah power macam Manchester United. 3 orang pemain kelab itu tidak sanggup bergambar selepas game sebab malu. Ikuti laporannya di Kosmo!

LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata.


GAK® : diorang ni reti sepak bola ke tak ,kalo x reti balik men congkak sudey ???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...