Awal-Scha Genap Setahun Bercouple


Saling mempercayai dan menghormati satu sama lain adalah punca percintaan Awal Ashaari. Senang dan selesa bersama pilihan hatinya itu,Scha Al-Yahya sendiri tidak menyangka bahawa usia perhubungan mereka telah pun genap setahun.

ikuti luahan Scha kepada Murai:

"Bulan Oktober lalu kami dah genap setahun berkawan secara serius. Saya pun tak sangka kami telah setahun dan dia ada memberi kad kepada saya. Alhamdulilah hubungan antara kami pun telah direstui oleh keluarga. Apa yang boleh saya katakan sememangnya saya sangat selesa berkawan dengannya. Malah saya pun serasi dengan family dia, sempoi dan mereka semua baik sangat-sangat,"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...