Jaguar bersama Artemis bekerjasama memburu porno

Jaguar, superkomputer kedua terpantas di dunia, bakal digunakan bersama-sama perisian Artemis, perisian yang berfungsi mengesan gambar dan video lucah di internet, untuk mengesan penjenayah pornografi kanak-kanak.
jaguar memburbu pornografi kanak-kanak bersama artemis
Menurut sumber, Grier Weeks, Pengarah Eksekutif, National Association to Protect Children [PROTECT], berkata, “Di seluruh dunia, penjenayah menggunakan teknologi untuk melakukan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak”.
Para saintis di Oak Ridge National Laboratory, dimana Jaguar ditempatkan kini bekerja untuk menggabungkan Artemis bersama superkomputer tersebut. Robert Patton, salah seorang saintis berkata, “Dengan proses sedia ada, penguatkuasaan undang-undang memerlukan masa berminggu-minggu untuk mengesan seseorang. Sekarang mungkin boleh dilakukan dalam beberapa hari. Apa yang kami mahu, ia dilakukan dalam masa beberapa jam”.
Artemis telah sedia digunakan dalam 30 kes, tetapi Jaguar dijangka hanya akan dapat menggunakan perisian tersebut sepenuhnya pada penghujung 2011.

sumber : solehan blog

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...