(Gambar) Koleksi Harley Davidson Kerabat Diraja Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar memang mempunyai minat yang mendalam pada dunia permotoran. Minat baginda tidak terhad kepada motosikal sahaja bahkan baginda juga mempunyai koleksi kereta-kereta mewah lain seperti Pagani Zonda, Hummer, Ferrari dan beberapa jenama tersohor lain.

Baginda juga amat meminati motosikal berkuasa besar terutamanya Harley Davidson. Bahkan, apa yang menarik, baginda menjadikan minat tersebut sebagai jalan untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat. Hal ini terbukti dengan wujudnya program bersama rakyat yang diterajui baginda iaitu Kembara Mahkota Johor yang pertama kali di perkenalkan pada tahun 2001.

Harley ini adalah kepunyaan Sultan Johor dan motosikal ini digunakan pada siri jelajah Kembara Mahkota Johor. Manakala gambar motosikal di bawah tidak dapat dipastikan samada ianya milik Tuanku Sultan atau milik Tengku Mahkota Johor yakni Tunku Ismail. Ini berdasarkan perkataan “TMJ” pada no pendaftarannya. Jika ianya bukan milik Tunku Ismail, kemungkinan ianya adalah milik Tuanku Sultan sewaktu baginda memegang gelaran Tengku Mahkota Johor.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...