Bon Voyage DS Samy Vellu( mesti baca-petikan lawak kata-kata Samy Vellu)



Akhirnya tamatlah perkhidmatan seorang tokoh negara kita Samy Vellu kepada parti MIC selama 31 tahun secara rasmi. Kami di GenGJoyah ingin merakamkan perhargaan diatas jasa-jasa beliau dalam menyumbang kepada pembangunan negara kita Malaysia. Ketiadaan Samy Vellu pasti dirasa. Tetapi ini adalah hukum dunia, pemimpin datang dan pergi. Apa yang pasti, jasa-jasa beliau akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah negara Malaysia.


Sebagai tanda penghargaan, kami di GenGJoyah ingin berkongsi beberapa kata-kata beliau yang unik dan 'trademark' hanya dari seorang insan yang bernama Samy Vellu.


1. Samy Velu mengulas mengenai Pos Laju:
"Besok kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam satu rancangan television, beliau ingin mengekspresikan betapa malunya beliau: 
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 

3. Samy bercakap dalam satu ceramahnya :
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dan Samy dengan bangganya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Kata-kata Samy yang paling terkenal dalam sebuah rancangan berita : 
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Semasa krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!" 

6. Berkenaan masalah sosial :
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Semasa kempen derma darah di Sungai Siput: 
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Kata-kata akuan beliau dalam sebuah majlis: 
"Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Semasa kecoh mengenai al-Arqam, beliau memetik dalam press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam" 

10. Dalam sebuah majlis perasmian bangunan baru: 
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain" 


11. Apabila cuba mempertahankan diri apabila banyak pihak menyalahkan beliau berikutan kejadian tanah runtuh :
"Kejadian tanah runtuh ini adalah kerana disebabkan oleh hujan yang sangat lebat. Saya bukan tuhan boleh tahan itu hujan"

Dan tentunya kata-kata beliau yang terpaling 'legend' : 

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan bertanya kembali, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab dengan tenang, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"




 Dan kami akhiri dengan ucapan....terima kasih Samy Vellu.


UKI® : 3 orang pemimpin yang saya suka dengar semasa sesi soal jawab dengan wartawan IAITU tUN dR MAHATHIR, LIM KENG YAIK DAN SAMY VELLU

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...