(KEJAM) Tindakan ala Zionis DAP roboh gerai Melayu , kini di Bandar Perda




Isu roboh gerai peniaga Melayu di Pulau Pinang nampaknya terus menggila dilakukan pihak berkuasa kerajaan DAP diketuai Ketua Menteri berlidah biawak Guan Eng . Di sebalik demontasi oleh rakyat serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, sikap kerajaan negeri yang kononnya kerajaan berjiwa rakyat adalah satu pembohongan dan cakap tidak serupa bikin .

Jika sebelum ini tindakan zalim agensi kerajaan negeri selalunya akan meroboh gerai Melayu di di kawasan pulau, kini ia nampaknya sudah mula menjalar ke Seberang Perai. Roboh pulak di di kawasan perumahan di Bandar Perda iaitu dalam Parlimen Anwar Ibrahim iaitu .Permatang Pauh .


Lebih memilukan ,seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.

Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.

“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .

Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.

“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.

Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.

“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.

‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.



UKI®  Ini lah padahnya menyokong kerajaan DAP bangsat ini !! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...