Lelaki ditangkap gambar berbogel di Google Street View


Sekeping gambar pelik dari seorang lelaki yang telanjang membaca buku telah dijumpai di Google Street View.

Gambar itu menunjukkan lelaki misteri tersebut duduk di bangku di beranda rumahnya.


Syukurlah, meskipun ia memegang sebuah buku di satu tangan, dia menggunakan tangan yang lagi satu untuk menutup kemaluannya.

Gambar itu diambil oleh salah satu pasukan kamera Google Street View di pinggiran jalan di Saint-Guillaume, Quebec, Kanada.

Ironiknya, gambar ini datang hanya beberapa hari selepas seorang lelaki Jerman tertangkap gambarnya oleh Google Street View di bonet sebuah Mercedes convertible - juga muncul dalam keadaan telanjang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...