DR Rozmey 'dibelasah' di Facebook



Nampaknya strategi pemasaran melampau yang digunapakai Datuk Dr Rozmey (DDR) tidak disenangi oleh sesetengah masyarakat dan tindakannya itu telahpun mewujudkan satu puak yang membenci beliau. Ini termasuklah dengan penubuhan fanpage di laman sosial Facebook anti DDR dan 2 Alam seperti  Kami tak suka Dr. Rozmey yang angkuh, Kami Tidak Menonton Filem 2 Alam utk Menyumbang 20 Juta Kepada dr Rozmey dan beberapa fan page lain.

Antara lain, kumpulan ini mengutuk atau menegur sikap DDR yang terlalu angkuh terutama di dalam mempromosikan filem terbaru terbitan syarikatnya iaitu 2 Alam. Akibat dari pecah punggung , mereka juga mengutuk tindakan admin laman sosial  DDR iaitu Dr Rozmey Herba Prima Marketing yang memadam mesej berunsur pandangan mereka ke atas filem 2 alam. Segala mesej yang didakwa mengutuk atau mesej yang tidak mengandungi pujian akan dipadam  dan pengguna akan dihlang akses dari membuat post baru serta merta melainkan mesej tersebut mengandungi ucapan tahniah, pujian serta testimoni dari pengunjung laman tersebut.

Tindakan ini agak ketara pada minggu ini sehingga menyebabkan berlaku cubaan untuk menyerang Facebook rasmi syarikat Herba Prima tersebut. Rata-rata mereka telah mengambil inisiatif membuka akaun baru Facebook dan melancarkan serangan berbentuk ucapan, kutukan dan lain-lain lagi sehinggakan kemuncaknya pada tengah malam semalam  memaksa Facebook DDR menghentikan operasinya beberapa minit.
Rata-rata mereka tidak berpuashati dengan Filem 2 alam yang dikatakan indah khabar dari rupa. Walaubagaimanapun, terdapat juga dikalangan pengunjung yang memuji dan menyokong tindakan dan cara pemarasaan Dr Rozmey.

UKI® : nak pergi tengok 2 alam....weehuuu

sumber : myberita

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...