Donald Trump sebagai presiden AS selepas Obama?

Jutawan pemaju hartanah Amerika Syarikat, Donald Trump, mengakui sedang meninjau kemungkinan 'menawan hartanah' sebenar iaitu Rumah Putih.

Trump yang terkenal dengan rancangan realitinya, The Apprentice memberitahu program berita ABC bahawa beliau serius menimbang untuk bertanding sebagai wakil Republikan pada pilihan raya 2012.
Beliau tidak akan segan silu membelanjakan lebih AS$200 juta (RM622.6 juta) wangnya sendiri dalam kempen itu.
“Ia mungkin menggembirakan kerana saya suka melihat perkara positif berlaku untuk negara. Saya akan buat keputusan kemungkinan menjelang Jun depan,” kata Trump kepada pengacara ABC, George Stephanopoulos.

Satu dasar utama sebagai presiden yang akan dilakukannya ialah mengambil tindakan ke atas ekonomi gergasi China, katanya.

China katanya, ‘melakukan pembunuhan’ dengan memanipulasi mata wang yuan yang merugikan Amerika.

Trump berkata, dia sudah bosan dengan perbuatan orang lain ‘merotan’ Amerika sesuka hati.
“Mereka tidak hormat lagi dengan Amerika. Saya ada ramai rakan dari China yang menjalankan urus niaga, mereka ketawakan kita.

“Mereka fikir kita bodoh. Diketuai oleh orang bodoh.”

Ini bukan kali pertama Trump memikirkan untuk bertanding sebagai presiden. Beliau sudah menimbang idea itu pada 1999.

Jika Trump mahu menjadi calon, beliau mungkin menghadapi pencabar yang turut mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu bekas gabenor Alaska, Sarah Palin. – AFP

UKI® : habislah ramai gabenor-gabenor dan setiausaha negara akan dipecat.  Ye dak?


sumber: berita harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...