MALAYSIA 4-0 MALDIVES


ANAK buah K Rajagobal meraih kemenangan moral menjelang perlawanan pembuka tirai Sukan Asia bertemu Kazakhstan dengan membelasah pasukan Maldives 4-0, lewat petang tadi. [LIHAT VIDEO]
Dalam aksi di Stadium MBPJ itu, pasukan kebangsaan turun tanpa beberapa tonggak utama namun enggan menjadikan itu sebagai alasan utama apabila mempamerkan persembahan bersemangat tinggi sebelum berangkat ke Guangzhou 5 Nov ini.
Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Safee Sali seawal minit ke-10 sebelum S Chanturu menambah gol buat negara sebelum babak pertama berakhir.
Pasukan kebangsaan memperolehi dua gol pantas menerusi Ahmad Fakri Saarani (m79) dan Amirulhadi Zainal (m80).
Pada minit ke-86, Khairul Fahmi Che Mat yang membuktikan dia berhak meraih gelaran Anugerah Penjaga Gol Terbaik 100PLUS-FAM apabila menyelamatkan sepakan penalti Maldives.

sumber: liga m-sokernet

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...