POLISI SATU ANAK SATU KELUARGA DI CHINA

Xiao AiYing diheret, disepak perutnya dan dihantukkan ke dinding sebelum diseret keluar dari rumahnya di daerah Siming, China. Ibu mengandung 8 bulan itu kemudiannya dibawa oleh 10 pegawai kerajaan Negara China itu ke Hospital untuk diberikan suntikan maut pada kandungannya. Wanita malang ini diperlakukan sedemikian oleh pihak kerajaan China kerana telah melanggar undang-undang negara itu yang hanya membenarkan seorang anak untuk sebuah keluarga sahaja untuk mengawal bilangan rakyatnya yang semakin ramai bilangannya. Sila rujuk berita di sini.

Benar-benar kejam tindakan dan polisi Kerajaan Negara China ini. Tanah Besar China yang mengamalkan dasar komunisme itu ternyata tidak punya peri kemanusiaan. Duke fikir, jika Chin Peng dahulu berjaya menawan Tanah Melayu ini, tidak mustahil kita semua akan lebih teruk diperlakukan sedemikian. Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa. Kita rakyat Malaysia tidak pernah dizalimi sedemikian rupa oleh Kerajaan Barisan Nasional.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...