(GAMBAR) Diana Danielle dan Nanowhite






Dengar cerita baru-baru ini, gadis sicantik comel molek ni, Diana Danielle dilantik menjadi jurucakap untuk produk kecantikan Nano-white oleh syarikat Tohtonku.Untuk pengetahuan, Tohtonku adalah produk bersiri dari Follow Me.

“Saya ditawarkan sebagai jurucakap sejak tahun lalu. Bagaimanapun, saya telah sebulan mencuba sendiri produk ini dan apa yang menarik dalam tempoh dua minggu sahaja sudah dapat melihat perubahan kulit yang semakin cerah.



“Usia semakin meningkat dan kalau boleh mencecah usia 25 tahun saya tidak mahu ada garis-garis yang menunjukkan tanda-tanda penuaan di wajah terutamanya di kawasan mata.
“Bukan sahaja produk ini sangat selamat ia juga halal digunakan,” kata Diana yang begitu menyukai krim pencuci serta pelembab wajah.
Kata Diana, setelah menyertai kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak lama dahulu kulitnya menjadi kusam dan sedikit gelap.
Bagaimanapun, setelah menggunakan produk tersebut dalam tempoh sebulan, segala masalah pada wajahnya kini kembali pulih.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...