Ahmadinejad tolak dunia untuk rakyat.., Nik Aziz tolak rakyat untuk dunia..


Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran. (baca sini)

Menurut Menteri Perumahan Iran Ali Nikzad, satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini.

Harta Presiden Iran ini hanyalah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Kereta inilah yang akan dilelong bagi membantu rakyat termiskin di negara tersebut.

Itu adalah Presiden Iran, sebuah negara yang paling digeruni oleh Yahudi di Barat. Cuba bandingkan pula di kalangan pemimpin pas yang menerima kereta mewah para korporat didalam negara.



Mereka dengan senang hati tetap menerima kereta mewah itu dengan alasan kononnya memudahkan jalan dakwah dan bukannya untuk bermewah.

Kenapa Ahmadinejad tak gunakan alasan yang sama untuk memiliki kereta mewah bagi dirinya sendiri? Sebagai Presiden, beliau juga perlu pergi banyak tempat. Perlu juga kereta mewah yg lebih selesa dan selamat. Tapi mengapa beliau memilih untuk bersederhana?

Begitu juga dengan cara Presiden Iran ini mengerjakan haji. Kenderaannya untuk ke sana ke mari hanyalah sebuah lori pikup buruk sahaja. Apakah Nik Aziz yang diiktiraf sebagai "wali keramat" pengikut PAS naik lori sebegitu juga?




Ahmadinejad juga tak perlukan hotel mewah untuk dia bersenang lenang ketika tidur. Bagaimana pula dengan tempat tidur Hotal penginapan Nik Aziz yang hanya baru memegang jawatan Menteri Besar di sebuah negeri kecil dalam Malaysia?

Bezakanlah sendiri kesederhanaan seorang Presiden hebat dari negara Timur Tengah dengan seorang yang dikatakan "amat zuhud" dan paling sederhana di Malaysia seperti Nik Aziz.

Apa yang saya boleh katakan ialah, jauh sangat panggangnya dari api!

1 comments:

Anonymous | December 22, 2010 at 11:55 PM

aku mmg respect dgn ahmadinejad nie..mcm nie la ciri-ciri pemimpin yg boleh mengubah dunia!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...