4 com

Cara elak Wifi rumah anda dari dicuri

Agak kasar tapi berkesan rasanya kot. Ke peduliak hape kan. Janji boleh connected. Curi tak curi belakang cerita hehehe
Baca Seterusnya... »
1 com

Ahmadinejad tolak dunia untuk rakyat.., Nik Aziz tolak rakyat untuk dunia..


Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran. (baca sini)

Menurut Menteri Perumahan Iran Ali Nikzad, satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini.

Harta Presiden Iran ini hanyalah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Kereta inilah yang akan dilelong bagi membantu rakyat termiskin di negara tersebut.

Itu adalah Presiden Iran, sebuah negara yang paling digeruni oleh Yahudi di Barat. Cuba bandingkan pula di kalangan pemimpin pas yang menerima kereta mewah para korporat didalam negara.



Mereka dengan senang hati tetap menerima kereta mewah itu dengan alasan kononnya memudahkan jalan dakwah dan bukannya untuk bermewah.

Kenapa Ahmadinejad tak gunakan alasan yang sama untuk memiliki kereta mewah bagi dirinya sendiri? Sebagai Presiden, beliau juga perlu pergi banyak tempat. Perlu juga kereta mewah yg lebih selesa dan selamat. Tapi mengapa beliau memilih untuk bersederhana?

Begitu juga dengan cara Presiden Iran ini mengerjakan haji. Kenderaannya untuk ke sana ke mari hanyalah sebuah lori pikup buruk sahaja. Apakah Nik Aziz yang diiktiraf sebagai "wali keramat" pengikut PAS naik lori sebegitu juga?




Ahmadinejad juga tak perlukan hotel mewah untuk dia bersenang lenang ketika tidur. Bagaimana pula dengan tempat tidur Hotal penginapan Nik Aziz yang hanya baru memegang jawatan Menteri Besar di sebuah negeri kecil dalam Malaysia?

Bezakanlah sendiri kesederhanaan seorang Presiden hebat dari negara Timur Tengah dengan seorang yang dikatakan "amat zuhud" dan paling sederhana di Malaysia seperti Nik Aziz.

Apa yang saya boleh katakan ialah, jauh sangat panggangnya dari api!
Baca Seterusnya... »
0 com

The Fast & Furious 5 : Fast Five



Trailer Fast Five dah keluar!! Apa itu Fast Five?? Fast Five adalah filem ke-5 kesinambungan filem aksi kereta diminati ramai Fast & Furious.

Dan kali ini 2 hero utama Fast & Furious, Vin Diesel dan Paul Walker bergabung menentang musuh utama mereka iaitu agen perseketuan dibawa oleh Dwayne Johnson aka The Rock.

Semua watak kegemaran anda kembali, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris "Ludacris" Bridges, dan mereka mengelilingi dunia kali ini dengan skill di jalan raya dan bumbung rumah di sekitar Rio De Janeiro.

Sukar untuk membayangkan filem siri pertama yang keluar pada tahun 2001 kini sudahpun berada pada siri ke 5(2011) dan dengar cerita ini adalah filem terakhir dari the series of Fast & Furious. Kian sedekad filem bersiri ini namun tetap menjadi bualan ramai sehingga kini. Sapa yang tak kenal Dominic Toretto???Ramai gak rasanya.

Filem ini akan berada di pawagam sekitar April 2011.




GAK® : The Rock vs DOM~..wow..wajib imax ni..
Baca Seterusnya... »
0 com

Miley cyrus raikan harijadi dengan ganja



Miley Cyrus merayakan ulang tahun harijadi  ke-18 nya denganmenghisap  ganja  tetapi sumber mengatakan dia tidak menghisap ganja.





Video ini dirakam semasa pesta di rumah daerah Miley's LA 5 hari selepas ulang tahun ke-18. Menurut sumber terdekat Miley ... asap yang mengisi bong itu alah ramuan alami yang disebut Salvia yang mengandungi high psikedelik. Memiliki Salvia adalah dibernarkan disisi undang-undang di California.
Baca Seterusnya... »
0 com

Jaguar bersama Artemis bekerjasama memburu porno

Jaguar, superkomputer kedua terpantas di dunia, bakal digunakan bersama-sama perisian Artemis, perisian yang berfungsi mengesan gambar dan video lucah di internet, untuk mengesan penjenayah pornografi kanak-kanak.
jaguar memburbu pornografi kanak-kanak bersama artemis
Menurut sumber, Grier Weeks, Pengarah Eksekutif, National Association to Protect Children [PROTECT], berkata, “Di seluruh dunia, penjenayah menggunakan teknologi untuk melakukan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak”.
Para saintis di Oak Ridge National Laboratory, dimana Jaguar ditempatkan kini bekerja untuk menggabungkan Artemis bersama superkomputer tersebut. Robert Patton, salah seorang saintis berkata, “Dengan proses sedia ada, penguatkuasaan undang-undang memerlukan masa berminggu-minggu untuk mengesan seseorang. Sekarang mungkin boleh dilakukan dalam beberapa hari. Apa yang kami mahu, ia dilakukan dalam masa beberapa jam”.
Artemis telah sedia digunakan dalam 30 kes, tetapi Jaguar dijangka hanya akan dapat menggunakan perisian tersebut sepenuhnya pada penghujung 2011.

sumber : solehan blog
Baca Seterusnya... »
0 com

Scha Al Yahya Minta Maaf

Belum pernah terdengar jelitawan seorang ini menimbulkan isu hangat atau reputasi buruk apabila berkaitan kerjayanya. Namun baru-baru ini kecoh apabila Scha dikatakan telah melabelkan wartawan hiburan sebagai monkey melalui laman twitter miliknya.

When a production run by a bunch of monkeys, you will get peanuts. Ayat itulah yang dikatakan Scha kepada wartawan. Terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku, Scha mengakui ayat tersebut ditulis di laman twitter miliknya, namun menafikan ianya ditujukan kepada wartawan.

"I'm so sorry. Memang Scha tweet ayat itu namun tak tahu bagaimana orang boleh kaitkannya dengan wartawan. Mana ayat yang menunjukkan Scha tuju perkataan tersebut kepada wartawan.

"Perkara ini terjadi kerana ada yang kata Scha retweet dan replykepada pelakon wanita yang sedang marah kepada wartawan sedangkan Scha tak follow pun pelakon wanita itu.

"Pasti ada yang salah interpretasi dengan ayat tersebut. Scha tak berselindung di sebalik perkataan tersebut dan tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Mungkin orang yang menyebarkannya tak faham maksud Scha kerana ia tak sepatutnya menjadi isu. Tak mungkin Scha akan gali kubur sendiri dan bermusuh dengan wartawan kerana mereka yang menaikkan Scha.

"Tapi tak dinafikan hubungan Scha dengan mereka terjejas gara-gara perkara ini," jelasnya kecewa.

Baca Seterusnya... »
0 com

(VIDEO) Gadis Mirip Elyana menari Aksi Ghairah

Kami tidak 100% yakin ini bukan Elyana namun dari apa yang kami lihat, kami berani katakan ini hanyalah video gadis mirip wajah Elyana.

Pertamanya, latar & rakan kepada gadis ini semuanya tidak bertutur dalam bahasa Melayudan tiada ciri-ciri yang mengatakan video ini dirakamkan di Malaysia.

Atau, mungkin kami yang silap. Siapa tahu memang Elyana pernah berkunjung ke Sabah & bersuka ria disana.

Keduanya, Elyana yang kami tahu & kenal serba sedikit tidak sebegini perangainya walaupun Elyana seorang yang suka melakukan sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Jika anda berusia kurang dari 13 tahun, ada baiknya anda tonton video ghairah gadis mirip Elyana ini dengan pengawasan orang dewasa.

Video penuh dibawah.




GAK® : dah g club nari lam tandas...ape lanc la minah ni
Baca Seterusnya... »
0 com

(Trailer) Transformer 3 : Dark Of The Moon



Filem Transformer : Dark of The Moon, akan masuk ke versi ke-3 selepas kejayaan filem pertama Transfomer pada tahun 2007 & Transfomer : Revenge of The Fallen.

Filem arahan pengarah yang sama, Micheal Bay akan ditayangkan secara serentak pada 1 Julai 2011 masih mengekalkan hero yang sama, Shia Lebeouf. Malang’nya, tiada lagi aksi leleh air liur Megan Fox disebabkan kontroversi’nya dengan produksi filem Transformer tempoh hari.

Walau bagaimanapun, seorang aktres yang tidak kurang hebatnya, pernah muncul dalam The Victoria’s Secret Fashion Show akan mengantikan tempat Megan Fox, iaitu Rosie Huntington-Whiteley.


Rosie Huntington - Transformers 3

Megan Fox - Transformers 1 & 2
Baca Seterusnya... »
0 com

Sein & Nana Sehati Berdansa Bercerai Talak Satu


Sein dan Nana mangsa Ke-7 badi cerai “Sehati Berdansa”

Opss! nampaknya “sehati berdansa” tidak menjadikan pasangan Sein dan Nana “sehati” lagi apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu. Rasanya dah macam satu badi bagi kebanyakan artis-artis di Malaysia kita pabila banyak rumahtangga pasangan selebriti dilihat gagal bertahan lama, dan yang terbaru adalah pasangan juara dari program ‘‘Sehati Berdansa’’ musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003.

Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.

Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti.

Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alas an pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman.

Zuri berkata pasangan suami isteri itu masih tinggal serumah tetapi tidak lagi tidur bersama dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan antara mereka.

“Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk rundingan oleh keluarga masing-masing tetapi tidak ada keputusan dicapai untuk memperbaiki hubungan.

“Memandangkan defendan (Sein) dikenali ramai jadi mohon kebenaran untuk bercerai cara baik,” katanya.

Sejurus Sein melafazkan talak, Zainor memerintahkan Noor Diyana menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula hari ini.

Zainor juga memerintahkan Sein dan Noor Diyana mendaftarkan perceraian mereka di Jabatan Agama Petaling Jaya dan membatalkan surat nikah.

Pasangan itu yang bernikah pada Julai 2006 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama Sein dan Noor Diyana merangkumi nafkah edah, mutaah, hak penjagaan dan lawatan anak-anak serta perbelanjaan persekolahan dan perayaan kedua-dua anak mereka.

Pasangan itu juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian mereka.

Zainor berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik dan mengikut peraturan.

“Sebagaimana bila bernikah, begitu juga bila nak bercerai, datang kepada institusi yg bertanggungjawab iaitu mahkamah. Dalam Islam setiap masalah ada penyelesaian, semasa nak nikah ambil cara baik dan bila nak lepas, lepaskan cara baik,” katanya. – Bernama

Baca Seterusnya... »
0 com

(GAMBAR) Juara Dewi Remaja 2010 yang HOT!! Neelofa


Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa yang menjadi juara Dewi Remaja 2010.Kalau tak silap kami, Neelofa ini orang Kelantan. Untuk pengetahuan, sebelum bertarung dalam Dewi Remaja 2010, Neelofa sememangnya adalah seorang model. Jadi gambar-gambar Neelofa yang kami nak kongsikan memang agak eksotik dan daring sedikit.

Sedikit info tentang gadis cute dari kelantan ni:

  • Neelofa Mohd Noor (Lofa)
  • Finalis Ke-15 Dewi Remaja 2009
  • Nombor Peserta 291
  • Tarikh lahir: 10 Februari 1989 (umur 20 tahun)
  • Asal: Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
  • Universiti: Kolej Damansara Utama
  • Tinggi: 5 kaki 6 inci
  • Potongan badan: 34-25-36

Lagi gambar Neelofa, Juara Dewi Remaja 2010 dibawah :





Neelofa sebelum Dewi Remaja :

Baca Seterusnya... »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...